Sunday, September 8, 2013

Cerita Akhir Syawal

30 Syawal bersamaan 6 September hari yang mungkin menjadi sejarah bagi tahun 2013. Tak sangka , aku akan merasa dugaan ini .Pagi , aku ke pasaraya Billion untuk mencari barang .Satu kejadian menimpa di mana kereta ku telah kemek kerana kecuaian ku....sedih. Sedih ku berganda lagi pada sebelah petang.Peristiwa ini berlaku di Kuala Selangor belakang Hotel Sun Inn...kereta ku di pecah orang yang tak berhati perut..sesuatu yang ku sayang dan milik anak-anakku telah hilang....kuatkan aku ya Allah untuk dugaan yang sekecil ini .....tabahkan hatiku ya allah untuk semua ini .....amin

Sunday, February 17, 2013

Warkah dari ku untuk kamu

Susahnye nak senangkan hati orang lain..selalu sangat membeza aku dengan orang yang disayangi.Aku bukan dia, aku adalah aku.Berilah peluang untuk aku menjadi aku.Aku perlu masak macam dia masak, aku tak boleh masak cara aku ke?Dia pandai masak, aku masak tak sedap.Dia sekolah agama, aku sekolah kebangsaan.Aku tak sama dengan dia.Aku bukan apa-apa di matanya..Biarkan aku menjadi aku, jangan paksa aku menjadi dia kerna ku tak bisa menjadi dia.Aku tetap aku, aku tak boleh jadi orang lain.Tak suka aku tak apa, aku tak boleh jadi orang lain.Biarkan aku menjadi aku, asal kan aku tak menyusahkan dirimu.Biarkan aku menjadi aku.Wassalam.

Monday, July 23, 2012

Ramadhan datang lagi.

Alhamdulilah..masih diberi kesempatan menemuimu Ramadhan . Hanya berharap Tuhan akan melimpahkan keberkatan pada aku seisi keluarga . Kali ini buat pertama kalinya aku berpuasa di sekolah baru. Tiada lagi gurau senda teman yang memahami seperti tahun lalu. Berpuasa di tempat baru ku rasa hambar . Lain benar rasanye. Aku bukan jenis manusia yang pandai beramah mesra , aku perlu masa untuk lebih mesra dengan teman baru ku . Harap mereka memahami sikapku. Aku perlu lebih bersabar dengan suasana baru ini . Ramadhan ini , aku berdoa akan memberikan aku lebih kesabaran dan redha dengan ketentuan ini .

Thursday, July 19, 2012

Kosong...

Sudah hampir dua minggu aku di sini...aku masih rasa kosong macam kata najwa latif..segala kata cacian yang telah engkau berikan membuat kurasa kosong-kosong. Aku pun tak tahu berapa lama aku mampu bertahan di sini ..hanya engkau Tuhan yang mengetahuinya...adakah aku ini sombong dan berlagak seperti yang yang telah dilemparkan...aku lama mencari mana aku letakkan gelaran itu..di bahagian mana anggato badanku yang ada sifat sombong..ku cari tapi tak ku temui....aku sedang berusaha untuk menjadi manusia yang baik...tapi tak boleh sempurna...

Friday, July 13, 2012

Menilai seseorang manusia cukupkah hanya dalam tempuh 1/2 jam. Bunyi macam kejam tapi itulah yang ku alami di destinasi tugasku. Belumpun kenal dah terkenal . Susah nak faham manusia ni. Malang nasibku kena pindah sekolah baru. Apa salahku pun tak tahu. hari pertama melapor diri dan dijaja orang cikgu baru sombong tambah berlagak. Berat betul anugerah yang ku terima. Tuhan je yang tahu apa yang ku rasa. Terima kasih kepada beberapa hamba allah yang masih sudi menerima kehadiranku di tempat itu .Yang tak suka pun thank you sebab pengalaman dan tuduhan kalian anugerahkan amat berharga bagiku . Semoga aku dapat mendidik anak-anak muridku dengan baik. Itu sudah cukup membahagiakan aku . Tak perlu sakit kepala dengan sikap manusia sebab selagi bernyawa fitnah ada di mana-mana . Redhalah hati dengan semua itu, harap tuhan sentiasa bersamaku .

Sunday, July 8, 2012


Fuhh..hanya beberapa jam lagi aku akan berhijrah ke sekolah dan tugas baru sebagai guru pra..adakah ini masa depan baru yang akan lebih gemilang.Aku harap esok ada sinar baru yang mampu memberi kebahagian yang lebih daripada sekolah lamaku.Tuhan aku pohon dipinjamkan kekuatan dan kebijaksanaan dalam tugas baru ku ini. Aku inginkan keberanian untuk meneruskan hari yang mendatang >temukan aku dengan teman yang sejati yang sudi membantu aku di alam baru ini..hadirkan cahaya kebahagian ku..kuatkan diriku untuk semua itu ...
































































































Saturday, June 23, 2012

Salam, dah berhari-hari ku layari internet untuk belajar updated blogku.Susah betul kalu belajar buat blog hanya melalui alam maya tanpa ada tok guru depan mata . Tapi ku tak akan putus asa.Akan ku cuba sehingga berjaya. Harap kejayaan akan aku perolehi.