Monday, July 23, 2012

Ramadhan datang lagi.

Alhamdulilah..masih diberi kesempatan menemuimu Ramadhan . Hanya berharap Tuhan akan melimpahkan keberkatan pada aku seisi keluarga . Kali ini buat pertama kalinya aku berpuasa di sekolah baru. Tiada lagi gurau senda teman yang memahami seperti tahun lalu. Berpuasa di tempat baru ku rasa hambar . Lain benar rasanye. Aku bukan jenis manusia yang pandai beramah mesra , aku perlu masa untuk lebih mesra dengan teman baru ku . Harap mereka memahami sikapku. Aku perlu lebih bersabar dengan suasana baru ini . Ramadhan ini , aku berdoa akan memberikan aku lebih kesabaran dan redha dengan ketentuan ini .

Thursday, July 19, 2012

Kosong...

Sudah hampir dua minggu aku di sini...aku masih rasa kosong macam kata najwa latif..segala kata cacian yang telah engkau berikan membuat kurasa kosong-kosong. Aku pun tak tahu berapa lama aku mampu bertahan di sini ..hanya engkau Tuhan yang mengetahuinya...adakah aku ini sombong dan berlagak seperti yang yang telah dilemparkan...aku lama mencari mana aku letakkan gelaran itu..di bahagian mana anggato badanku yang ada sifat sombong..ku cari tapi tak ku temui....aku sedang berusaha untuk menjadi manusia yang baik...tapi tak boleh sempurna...

Friday, July 13, 2012

Menilai seseorang manusia cukupkah hanya dalam tempuh 1/2 jam. Bunyi macam kejam tapi itulah yang ku alami di destinasi tugasku. Belumpun kenal dah terkenal . Susah nak faham manusia ni. Malang nasibku kena pindah sekolah baru. Apa salahku pun tak tahu. hari pertama melapor diri dan dijaja orang cikgu baru sombong tambah berlagak. Berat betul anugerah yang ku terima. Tuhan je yang tahu apa yang ku rasa. Terima kasih kepada beberapa hamba allah yang masih sudi menerima kehadiranku di tempat itu .Yang tak suka pun thank you sebab pengalaman dan tuduhan kalian anugerahkan amat berharga bagiku . Semoga aku dapat mendidik anak-anak muridku dengan baik. Itu sudah cukup membahagiakan aku . Tak perlu sakit kepala dengan sikap manusia sebab selagi bernyawa fitnah ada di mana-mana . Redhalah hati dengan semua itu, harap tuhan sentiasa bersamaku .

Sunday, July 8, 2012


Fuhh..hanya beberapa jam lagi aku akan berhijrah ke sekolah dan tugas baru sebagai guru pra..adakah ini masa depan baru yang akan lebih gemilang.Aku harap esok ada sinar baru yang mampu memberi kebahagian yang lebih daripada sekolah lamaku.Tuhan aku pohon dipinjamkan kekuatan dan kebijaksanaan dalam tugas baru ku ini. Aku inginkan keberanian untuk meneruskan hari yang mendatang >temukan aku dengan teman yang sejati yang sudi membantu aku di alam baru ini..hadirkan cahaya kebahagian ku..kuatkan diriku untuk semua itu ...
































































































Saturday, June 23, 2012

Salam, dah berhari-hari ku layari internet untuk belajar updated blogku.Susah betul kalu belajar buat blog hanya melalui alam maya tanpa ada tok guru depan mata . Tapi ku tak akan putus asa.Akan ku cuba sehingga berjaya. Harap kejayaan akan aku perolehi.

Friday, June 8, 2012

Salam, baru sebentar tadi aku sampai di rumah .. lebih kurang jam 10 setengah malam .Perjalanan hari ini berkisar di Kuala Lumpur dan Shah Alam.Penat hasil lawatan ini masih belum hilang lagi.Tapi aku cuba coret juga sebaris dua ayat untuk teratak ku ini....ada masa akan ku kisah perjalanan hari ini..selamat malam.

Wednesday, June 6, 2012

Salam..petang ini asyik klik sana, klik sini dan buat updated wajah blog saya..tak jadi..susah jugak yer kalu belajar tanpa guru ni...putus asa dah nak cuba masukkan tab menu tak jadi...

Tuesday, June 5, 2012

Cerita cuti ku dah nak abis.....

Menghitung ari untuk cuti sekolah yang tinggal beberapa hari lagi..tiba-tiba dapat call dari kerani sekolah esok kena datang sekolah sebab kena pergi kat SK Tambak Jawa ada TPM nak datang.Rela dalam paksa la ni ..kena pegi jugak sebab arahan dari pihak sekolah.Inilah cikgu..cuti sekolah pun kena bertugas..redhalah wahai hatiku..itu hanya kecik punya hal.. 

Apa erti panas ini?

Hari ini, setelah sekian lama tak ku updated blog ini, aku nak cuba coret gak sesuatu untuk blog ini. Satu persoalan, kenapa panas benar cuaca hari ini? Hidup macam tak keruan..kipas berpusing ligat(ekon tak der), peluh di leherku tak henti menitis...sampai kekadang aku bertanya sendiri..adakah rasa ini kerana banyak dosa ke..?? Entah lah..memang sejak akhir-akhir ni lain benar rasa panasnyer...aduh , tak tahan!Tak sabar tunggu malam sebab sejuk sikit..Noktah kat sini sambil menunggu malam.

Monday, April 2, 2012