Sunday, September 8, 2013

Cerita Akhir Syawal

30 Syawal bersamaan 6 September hari yang mungkin menjadi sejarah bagi tahun 2013. Tak sangka , aku akan merasa dugaan ini .Pagi , aku ke pasaraya Billion untuk mencari barang .Satu kejadian menimpa di mana kereta ku telah kemek kerana kecuaian ku....sedih. Sedih ku berganda lagi pada sebelah petang.Peristiwa ini berlaku di Kuala Selangor belakang Hotel Sun Inn...kereta ku di pecah orang yang tak berhati perut..sesuatu yang ku sayang dan milik anak-anakku telah hilang....kuatkan aku ya Allah untuk dugaan yang sekecil ini .....tabahkan hatiku ya allah untuk semua ini .....amin

Sunday, February 17, 2013

Warkah dari ku untuk kamu

Susahnye nak senangkan hati orang lain..selalu sangat membeza aku dengan orang yang disayangi.Aku bukan dia, aku adalah aku.Berilah peluang untuk aku menjadi aku.Aku perlu masak macam dia masak, aku tak boleh masak cara aku ke?Dia pandai masak, aku masak tak sedap.Dia sekolah agama, aku sekolah kebangsaan.Aku tak sama dengan dia.Aku bukan apa-apa di matanya..Biarkan aku menjadi aku, jangan paksa aku menjadi dia kerna ku tak bisa menjadi dia.Aku tetap aku, aku tak boleh jadi orang lain.Tak suka aku tak apa, aku tak boleh jadi orang lain.Biarkan aku menjadi aku, asal kan aku tak menyusahkan dirimu.Biarkan aku menjadi aku.Wassalam.