Sunday, August 1, 2010



CENDOL DURIAN

BAHAN-BAHAN
50g tepung beras
100g tepung kacang hijau
10-20 helai daun pandan
1/2 sudu teh garam
beberapa titis pewarna hijau
100g durian segar(dilecek)
250g gula melaka , 150g gula batu
50g kacang merah besar
500ml santan
Cara membuat:
  1. Rendam kacang merah semalaman.Toskan dan rebus hingga lembut.
  2. Masukkan daun pandan ke dalam i liter air.Kisar dengan blender.Tambah garam dan pewarna. Tapiskan.
  3. Di dalam kuali, campur kedua-dua tepung dan jus pandan untuk hasihkan doh.Kacau adunan hingga pekat.Keluarkan bila sudah mendidih.Biarkan sebentar.
  4. Isikan mangkuk dengan ais dan air sejuk. Tekankan dengan acuan ke dalam air sejuk.
  5. Didihkan pula gula melaka dan gula batu dengan 100ml air.Bila mendidih , sejukkan.

Unduk dihidangkan: Cedok 3-4 sudu cendok ke dalam bekasdan bahagian atas diisi dengan air hancur.Tambah kacang merah. Tuangkan 3-4 sudu santan, 2 sudu sirap dan durian lecek. Minum masa waktu panas slrppppp...leganya.

No comments:

Post a Comment

Post a Comment